Bismillahir-Rahmanir-Rahim ... Jika ditanya pada golongan lelaki adakah
mereka impikan untuk memiliki wanita yang solehah sudah pasti semuanya
akan berkata YA. Walau sejahat manapun lelaki tersebut pasti ia akan
mengimpikan wanita yang solehah untuk dijadikan sebagai teman sehidup
semati.
Sama juga seperti golongan wanita. Jika ditanya juga pada golongan wanita adakah mereka impikan untuk sehidup semati dengan lelaki yang soleh pasti semuanya akan berkata YA.
Siapa pula yang inginkan lelaki atau wanita yang tidak soleh dan
solehah? Untuk mengecapi hubungan bahagia yang diredhai oleh Allah
Subhanahu Wa Ta'ala, sebenarnya setiap pasangan itu perlulah tahu
tanggungjawab masing2.
Berikut adalah antara ciri-ciri wanita solehah idaman lelaki,,
1. Mencintai Allah dan Rasul,
Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain. Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam::
“Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman:
menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mencintai Allah dan Rasul
dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.Termasuk mencintai
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam ialah mengikut dan mencintai
baginda dalam setiap perkara, Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
“Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka
ikutlah aku, nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah
maha pengampun; lagi maha mengasihani” (surah Ali Imran:31)
2. Mentaati Ibu Bapa,,
Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
“Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa” (surah al-Israk:23)
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.
3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf,,
Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami.
Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh
kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam::
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam: bersabda,
“Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia, tentu aku akan
suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya” (Riwayat al-Tirmizi hasan
sahih)
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang
solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada
suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada
Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia
dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah
memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)
4. Menguruskan rumahtangga,,
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah
dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk
dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas
sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu,
supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih
sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan
menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi
ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam::
“Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. (Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah)
Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib
daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan
keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan
sunat yang lain.
Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam::
“Tidak halal bagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya” (Fath al-Bari, Kitab al-Nikah)
5. Berhias untuk suami,,
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang
tidak faham akan kewajipannya, ia berhias diri ketika akan keluar rumah.
Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam
Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Sebuah riwayat menceritakan :
“ Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam: ditanya tentang sebaik-baik
wanita. Baginda menjawab: Yang menyukakan kamu apabila memandangnya.
Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga
harta kamu" (Riwayat Ahmad)
Tujuan isteri berhias ketika di
rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja
dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri
serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami.
Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan
bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Berhias bukan
sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga
ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk
dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara
besederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang
dilihat oleh suami.
6. Berpakaian menurut ajaran Islam,,
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah,Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman, ertinya:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian
untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian
taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian
daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu
ingat.” (Surah Al-A’raaf:26)
Wanita solehah perlu memastikan
dirinya apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa
menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan
susuk tubuh, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan
kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.
7. Menjaga batas pergaulan,,
Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika
berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia
menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.
8. Bersahabat dengan wanita solehah,,
Seseorang itu dinilai mengikut kawan2 yang rapat dengannya. Jika kawan2nya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam: :
“Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah
salah seorang kamu siapa kawannya” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi
dengan sanad yang Sahih)
Jadi, pada golongan wanita disana
jagalah penampilan dan keperibadianmu sebagai wanita solehah. Anda bukan
sahaja akan disenangi oleh suami anda bahkan anda juga akan disenangi
dan dikasihi oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Allah sukakan hambanya yang
menjaga dan mengikut apa yang diperintahkan oleh Nya. Jadilah wanita
solehah. Pasti hubungan yang anda bina berkekalan dan bahagia sehingga
ke akhir hayat. InsyaAllah.
~ o ~
Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...
by: fb strawberry